Kebanyakan golongan wanita amat mementingkan penampilan diri mereka
untuk kelihatan bergaya sepanjang masa. Namun, adakah pemilihan beg
selama ini sesuai dengan imej anda? Jangan risau kerana di sini kami
ingin berkongsi dengan anda beberapa tips memilih beg yang sesuai dengan
personaliti anda.
Perkara utama yang perlu anda lakukan ialah memilih beg yang sesuai dengan keadaan atau majlis yang dihadiri. Anda perlu ingat bahawa pemilihan beg yang tepat boleh membuatkan anda nampak kurus namun pilihan beg itu mestilah tepat.
Jika anda seorang yang berbadan besar, elakkan dari membeli beg
berbentuk bulat atau tidak berbentuk 'slouchy'. Gunalah beg yang
mempunyai bentuk dan hindarkan membeli beg bercorak.
Perempuan yang berbadan kurus yang ingin tampak lebih berisi bolehla
menggunakan beg 'slouch', berbentuk bulat, atau beg gaya santai. Jika
anda mahu kelihatan tinggi, cubalah beg yang panjang. Beg yang lebar
tidak sesuai untuk wanita yang rendah.
Beg yang mempunyai tali yang pendek sesuai digayakan oleh wanita yang
mempunyai bentuk badan seperti 'buah pear'. Satchels dan bowler
merupakan pilihan yang tepat untuk mereka. Selain itu, beg yang bertali
panjang amat sesuai digayakan oleh bertubuh besar di bahagian atas.
Ramai yang menyangka beg yang sepadan dengan baju yang dipakai merupakan
pilihan terbaik namun elakkan daripada mengenakan beg yang mempunyai
corak dan warna yang sama dengan pakaian anda.
Jika anda berpakaian formal, jangan padankan ia dengan beg untuk
bersukan, elakkan daripada menambah banyak aksesori di beg, tidak
membeli beg tiruan dan jangan meletakkan barang-barang sehingga beg
menjadi terlalu padat dan berat.
sumber
